Aktiviti Karnival Stem X Mini Stem Playground Di Sk Taba Sait

5 Mei 2024 | Aktiviti Terkini

Pada hari Sabtu, 4 Mei 2024, NADI Bengoh telah mengikuti program komuniti setempat iaitu, Karnival Stem x Mini STEM Playgroung yang telah diadakan secara besar-besaran di SK Taba Sait, BRS. Karnival ini telah bermula sejak pukul 9 pagi sehingga jam 5 petang.

Dianjurkan oleh TEGAS Community Innovative Learning (TCIL), program ini telah disertai oleh 21 buah sekolah yang lain, di dalam kawasan Kota Padawan. Turut memeriahkan Karnival ini adalah kerjasama daripada Petronas, SDEC, Jabatan Kimia, Pustaka Negeri Sarawak, University of Technology Sarawak (UTS), Swimburne Sarawak dan Sarawak Biodiversity Centre.

Pelbagai aktiviti dan permainan telah dianjurkan yang boleh disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat, tua dan muda. Pameran sains, teknikal, permainan oleh booth-booth telah mendapat sambutan dan respon dari kalangan peserta muda dan masyarakat tempatan.

Anjuran program seperti ini bukan sahaja memberi peluang kepada komuniti setempat untuk berkongsi ilmu pengetahuan, tetapi juga diberi peluang untuk mencuba sesuatu secara praktikal. Contohnya, letusan gunung berapi buatan, kereta belon air, tindak reaksi kimia serta mini stem playground, dimana kanak-kanak boleh mencuba bermain dan mengawal mini drone dan robot kecil.

Karnival ini bukan sahaja memberi pendedahan dari segi teknologi dan ilmu, tetapi juga menawarkan aktiviti sukaneka yang menyeronokkan. Dengan kerjasama daripada pihak sekolah dan organisasi yang terlibat, penduduk Padawan, terutamanya komuniti Bengoh Resettlement Scheme secara tidak langsung didedahkan dengan teknologi dan digitalisasi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali